1. Penilai akan mendapat emel notifikasi pelantikan sebagai penilai bagi organisasi/agensi berkenaan.
2. Masuk ke halaman SPINE melalui laman web: https://spine.iim.gov.my
Klik pada LOG MASUK dan pilih PENILAI.
3. Masukkan Emel dan Kata Laluan untuk log masuk Penilai.
4. Klik pada entri organisasi di jadual ORGANISASI TELAH DITUGASKAN berstatus 'Sesi Konsultasi' bagi memulakan sesi konsultasi.
5. Skrin seterusnya akan memaparkan Skor Tahap Kesihatan, Profil Organisasi dan Status Terkini Organisasi. Klik pada butang MEMULAKAN SESI KONSULTASI untuk memulakan sesi konsultasi bersama organisasi tersebut.
6. Penilai boleh memasukkan komen penambahbaikan pada medan PENAMBAHBAIKAN dan catatan di medan CATATAN bagi setiap soalan di dalam setiap Elemen. Komen Penambahbaikan akan dipaparkan pada skrin organisasi untuk tujuan rujukan manakala catatan hanya dipaparkan pada skrin penilai sahaja.
7. Penilai boleh klik pada ikon
untuk memaparkan DOKUMEN FIZIKAL yang boleh dirujuk bagi setiap soalan.
8. Penilai boleh klik pada ikon
untuk memaparkan PELAN TINDAKAN yang boleh dirujuk bagi setiap soalan.
9. Penilai boleh klik butang HANTAR pada skrin Elemen 7 setelah selesai sesi konsultasi bersama organisasi/agensi.
10. Pop-up yang menyatakan sesi konsultasi telah selesai akan dipaparkan.
11. Status organisasi akan bertukar kepada 'Penilaian Sedang Dikemaskini oleh Organisasi'. Organisasi/agensi akan menerima notifikasi emel untuk tindakan selanjutnya, iaitu: mengemas kini penilaian SPINE berdasarkan dapatan daripada sesi konsultasi dan komen penambahbaikan yang diberikan oleh penilai.
1. Penilai akan mendapat emel notifikasi pemakluman kemaskini penilaian SPINE bagi Organisasi/agensi telah selesai. Penilai perlu log masuk semula ke sistem SPINE bagi penetapan tarikh Penilaian Lapangan.
2. Klik pada entri organisasi di jadual ORGANISASI TELAH DITUGASKAN dan klik pada tab Penetapan Penilai & Tarikh Lapangan bagi penetapan tarikh lapangan bersama organisasi, lengkapkan maklumat seperti Tarikh lapangan dan Catatan kemudian klik butang HANTAR.
3. Mesej pop-up akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa tarikh lapangan telah berjaya ditetapkan.
4. Klik pada entri organisasi di jadual ORGANISASI TELAH DITUGASKAN bagi memulakan sesi penilaian lapangan.
5. Klik pada butang MULAKAN PENILAIAN LAPANGAN bagi memulakan sesi penilaian lapangan.
6. Klik pada butang
7. Klik pada butang MULAKAN PENILAIAN LAPANGAN bagi memulakan sesi penilaian lapangan.