#

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐒𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐚𝐧𝐬 (𝐒𝐏𝐈𝐍𝐄) 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 (𝐊𝐔𝐒𝐊𝐎𝐏)

02 Jul 2026
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan bagi Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Rabu, 1 Julai 2026, bertempat di Unit Integriti KUSKOP, Aras 4.

Sesi ini dilaksanakan bersama Unit Integriti KUSKOP sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) yang sedang diguna pakai oleh agensi awam bagi memperkukuh pengurusan integriti, pematuhan serta tadbir urus organisasi secara lebih menyeluruh dan berstruktur.

Pelaksanaan sesi ini dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Integriti KUSKOP, Encik Mohammad Zawawi bin Hussin, bersama warga kerja Unit Integriti KUSKOP dan barisan konsultan penilai IIM. Melalui sesi ini, dapatan semakan serta syor penambahbaikan yang dikenal pasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada KUSKOP dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti, sejajar dengan komitmen ke arah tadbir urus sektor awam yang lebih mantap dan berimpak.

Sesi ini dikendalikan oleh barisan konsultan penilai IIM yang diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, bersama En. Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi. Sesi semakan dan konsultasi lapangan ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Integriti KUSKOP, Encik Mohammad Zawawi bin Hussin, bersama seluruh warga Unit Integriti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).